PEMBINAAN MASJID DI NIGER SUDAH BERMULA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 August, 2023


Sebaik sahaja duit dana hasil infaq orang ramai disampaikan kepada yang berkenaan di Niger, terus dengan segera kerja-kerja pembinaan masjid dijalankan.

Bata disusun rapi bersulamkan pasir dan simen. Cuaca yang terik dan bahang mentari sedikit pun tidak melunturkan semangat umat Islam di sana untuk melihat rumah Allah terbina megah.

Begitulah betapa mereka sangat mengharapkan terbinanya masjid indah di bumi Niger.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ “‏ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ‏”

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami ucapkan buat semua penyumbang yang budiman dan baik hati. Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan akan dibalas dengan mahligai indah di syurga nanti buat kalian semua.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.





© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia