PEMBEBASAN AL AQSA OLEH HAFIZ HAFIZAH AL QURAN.
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 January, 2023
Mengambil ibrah daripada episod pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al Ayyubi, umat Islam di Palestin sangat giat melahirkan ribuan huffaz Al-Quran.
Biarpun kota suci ini dirampas tanpa ihsan, umat Islam akan bangkit dan mengambil ia semula dengan cara yang paling terhormat seperti mana yang telah ditunjukki oleh Saidina Umar Al Khathab dan Salahuddin Al Ayyubi.
Rasulullah SAW pula menyebutkan bahawa penduduk Baitul Maqdis yang mempertahankan buminya tidak mungkin akan dapat dikecewakan oleh mereka yang menyerah kalah pada akhir zaman. Sebagaimana sabdanya:
”لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ.”
“Masih ada secara berterusan dalam kalangan umatku kumpulan yang menegakkan agama (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh, sehingga tidak boleh dimudaratkan oleh penentang mereka, melainkan mereka menghadapi kesusahan, sehingga datangnya ketetapan daripada Allah (membinasakan musuh dan memberikan kemenangan) dalam keadaan mereka meneruskan perjuangan (mereka tidak berganjak).

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟
Lalu para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW: ‘Di manakah mereka berada?’
Lalu para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW: ‘Di manakah mereka berada?’
قَالَ: “بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.”
Sabda Rasulullah SAW: ‘Di Baitul Maqdis dan di sekitarnya.’”
(Riwayat Ahmad 22320 dan al-Tabrani 7643)
Sabda Rasulullah SAW: ‘Di Baitul Maqdis dan di sekitarnya.’”
(Riwayat Ahmad 22320 dan al-Tabrani 7643)
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Wakaf Palestin kerana telah bersama - sama meraikan 800 orang hafiz dan hafizah.
Semoga dengan bertambahnya jumlah hafiz hafizah di bumi suci Aqsa ini akan mendekatkan kita umat Islam kepada hari pembebasan Al Aqsa.
Amin.
Semoga dengan bertambahnya jumlah hafiz hafizah di bumi suci Aqsa ini akan mendekatkan kita umat Islam kepada hari pembebasan Al Aqsa.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve