PEMASANGAN SALURAN PAIP AIR DI AL-QARARAH (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2026

Hasil kerjasama dengan Majlis Perbandaran Al-Qararah di Khan Younis, Gaza, buat pertama kalinya Muslim Care Malaysia melaksanakan projek pemasangan saluran paip untuk membekalkan air bersih kepada penduduk.

Selepas sekian lama tiada bekalan air bersih, kini kira-kira 1,000 penduduk yang tinggal dalam kawasan penempatan seluas 10 kilometer persegi di Al-Qararah mendapat manfaat daripada projek itu.

Pengerusi Muslim Care Malaysia - Palestin, Ahmad Abu Ayesh Annajar yang mengetuai projek itu berkata pihaknya membelanjakan hampir RM30,000 untuk projek itu membabitkan kos pembelian saluran paip dan kerja-kerja menanamnya di bawah tanah.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar Al-Qararah, Tuan Basim Shurrab yang memberikan kerjasama malah turut turun padang untuk memastikan projek pemasangan saluran paip iair itu berjalan lancar.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia