PELBAGAI KAUM DISANTUNI DALAM PROGRAM KASIH ASNAF NEGERI SEMBILAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 July, 2026

Alhamdulillah, pada 4 dan 5 Julai 2026, Muslim Care Malaysia Society telah melaksanakan Program Kasih Asnaf di Kampung Serting dan Kampung Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Melalui program ini, seramai 100 keluarga dalam kalangan asnaf dan golongan yang memerlukan telah disantuni dengan sumbangan bagi membantu meringankan beban kehidupan harian mereka.

Menariknya, program ini turut menyantuni beberapa keluarga daripada kaum India dan Tionghua, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama insan tanpa mengira latar belakang bangsa.

Program ini telah diurus dan diselaraskan oleh wakil Ahli Lembaga Pengarah Muslim Care Malaysia Society, Zuriati Yaacob dan Suryana Sutarzi dan tim sukarelawan MCM, yang turun sendiri ke lapangan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kegembiraan buat keluarga yang disantuni dan menjadi amal jariah buat semua penyumbang yang terus bersama MCM dalam usaha membantu masyarakat memerlukan.

Terima kasih rakyat Malaysia.

Teruskan menyumbang bersama Muslim Care Malaysia Society.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia