
PELAYARAN ILMU MADRASAH TERAPUNG
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 May, 2025
Madrasah Terapung MCM di Pulau Mabul masih teguh terapung menjadi medan ilmu buat anak-anak palauh.
Hujung minggu lepas, 3 dan 4 Mei 2025, kelas diteruskan seperti biasa. Anak-anak Palauh di sekitar Pulau Mabul, Sabah, tanpa dokumen dan tanpa bilik darjah, tetap hadir dengan mata penuh harapan.
Mereka duduk bersila di atas bot.
Tangan kecil memegang buku.
Mulut comel melafaz Al-Fatihah.
Dan guru sabar menutur satu-satu — kerana setiap huruf itu adalah masa depan.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya."
Ilmu disemai sejak kecil, walau hanya beralaskan papan bot dan beratapkan langit.
Ini bukan sekadar madrasah.
Ini adalah bukti, bahawa pendidikan tak kenal sempadan, dan kasih sayang tak perlukan alamat.
Doakan kekuatan buat mereka.
Dan jika hati tergerak untuk membantu, salurkanlah sokongan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-pendidikan...
Walau sedikit, besar ertinya buat mereka di sana.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.