Pelantar Baru Untuk Nelayan Kg.Tepi Laut, Kuala Kedah

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 October, 2022
Sudah lama masyarakat nelayan Pantai sekitar Kg. Tepi Laut menyatakan kesukaran mereka dalam memasarkan secara langsung hasil tangkapan samada ikan, udang, kerang dan lain2 kerana kekurangan ruang dan meja yang membolehkan hasil tangkapan mereka dijual terus tanpa melalui peraih.
 
Hal ini kerana tiada sebarang kemajuan kemudahan komuniti di situ. Antaranya ialah ketiadaan tempat pendaratan hasil laut di kampung tersebut.
 
Muslim Care Malaysia Society (MCM) berbesar hati menaja pembangunan tapak ini sebagai satu tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan dalam rangka meningkatkan lagi pendapatan para nelayan disekitar kawasan tersebut.
 
Hasil perbincangan bersama En. Abdul Basir Ahmad dan En. Yusof, JPKK Kg. Tepi Laut, Timbalan Presiden MCM, En. Mohd Johari Ismail telah turun ke lapangan dan meninjau kerja-kerja menyiapkan tapak peniaga buat nelayan pantai bagi membolehkan mereka menjual terus hasil mereka kepada pengguna.
 
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
 
Semoga dengan adanya pelantar baru ini akan memudahkan urusan para nelayan di kawasan berkenaan dalam usaha mereka mencari rezeki.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang selalu bersama MCM. Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran.
Insya-Allah.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia