PELANCARAN RICHIAMO MART RANCAKKAN EKONOMI MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 May, 2024

Muslim Care Malaysia (MCM) amat berbangga melihat satu demi satu perusahaan anak Melayu Islam di bumi Malaysia tumbuh subur merancakkan ekonomi Malaysia.

Richiamo yang sebelum ini lebih dikenali sebagai salah sebuah pemain industri kopi negara, kini melebarkan sayap dalam bidang peruncitan.

Pada 5 Mei 2024 baru-baru ini, MCM telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Perasmian Richiamo Mart di premis pertama mereka di Bangi.

Majlis turut dihadiri YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Tuan Wan Najib Wan Daud, Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn. Bhd.

Didoakan semoga perniagaan di bawah jenama Richiamo akan terus maju jaya seterusnya menyumbang kepada pembangunan Ummah.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia