PELAJAR YEMENI REFUGEES UNION TERIMA BEG SEKOLAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 October, 2024

Kebanyakkan masyarakat Yaman yang datang berlindung di Malaysia, bukanlah dari kalangan keluarga yang senang.

Pertubuhan Yemeni Refugees Union Sangat menjaga kebajikan dan keperluan warga Yaman yang berada di Malaysia. Atas inisiatif mereka, Muslim Care Malaysia (MCM) telah beberapa menyalurkan sumbangan buat yang memerlukan.

Sumbangan kali ini berupa beg sekolah kepada 100 anak-anak Yaman yang belajar di Sekolah Yaman dan Sekolah Al-Nour di Kajang, Selangor.

Terdahulu, MCM turut menyampaikan sumbangan pek makanan sempena Ramadan kepada keluarga-keluarga Yaman di Malaysia yang memerlukan.

Besar harapan kami untuk melihat anak-anak ini mampu untuk terus belajar sehingga ke peringkat tinggi seterusnya membantu menambah baik taraf kehidupan mereka sekeluarga dan kembali menyumbang bakti kepada pembangunan tanah air mereka.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia