PELAJAR MALAYSIA DI KOREA CEMERLANG

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 May, 2024

Rasa berbangga melihat anak jati Malaysia yang cemerlang mampu meneruskan kecemerlangan mereka di Korea dalam pelbagai bidang yang mereka pelajari.

Kehadiran seramai hampir 50 orang daripada Generasi Mahasiswa Islam Korea (GMIK) ke majlis Ilmu Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri, Penasihat MCM membuktikan komitmen dan disiplin mereka dalam setiap perkara yang mereka usahakan.

Majlis yang berlangsung hampir satu jam lamanya ini padat dengan ilmu dan pedoman yang diharapkan mampu menjadi bekal dalam mereka menjalani kehidupan di dalam sebuah negara yang umat Islamnya minoriti.

Terima kasih diucapkan kepada GMIK termasuk pihak Kedutaan Malaysia di Korea yang sudi memberi ruang serta kerjasama untuk memberi ruang serta kerjasama untuk MCM berprogram bersama.

Semoga hubungan yang terjalin akan terus kekal baik insya-Allah.

Layari muslimcaremalaysiasociety.com untuk maklumat program semasa.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia