PEK MAKANAN UNTUK 150 MANGSA BANJIR DI PASIR MAS (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 December, 2025

Misi bantuan banjir oleh Muslim Care Malaysia (MCM) diteruskan untuk hari kedua pada Selasa, 2 Disember dengan menyantuni penduduk yang terkesan di Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Pada sesi pagi, pasukan MCM berada di Kampung Kolam, Pasir Mas, menyerahkan 150 pek makanan asas Ready-To-Eat (RTE) kepada keluarga terjejas. Penduduk memaklumkan bahawa MCM merupakan antara NGO terawal yang tampil menghulurkan bantuan sejurus selepas banjir melanda.

Sebelah tengah hari, misi diteruskan ke Kampung Kusar, Kampung Banggol Ubi Keling dan Kampung Tersan di Rantau Panjang, melibatkan agihan 250 pek makanan asas RTE kepada mangsa yang masih terjejas.

Misi diketuai oleh Presiden MCM, Hj Zulkifli Wahijan, bersama Timbalan Presiden, Hj Johari Ismail, serta kepimpinan MCM dan sukarelawan yang turun padang.

MCM merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan serta penyumbang yang menyalurkan sokongan, sehingga membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. MCM berharap usaha sebegini dapat diteruskan demi manfaat lebih ramai mangsa bencana.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia