PEK MAKANAN KEPADA 400 KELUARGA PALESTIN DI JORDAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 December, 2024

Empat ratus keluarga Palestin di dua penempatan di Amman, Jordan menerima pek makanan bernilai RM80,000 sumbangan Muslim Care Malaysia (MCM) pada 14 November 2024.

Ia sebahagian daripada pengisian Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin 2024 dari 9 hingga 17 November membabitkan tiga lokasi iaitu Kaherah, Mesir; Amman, Jordan dan Damsyik, Syria.

Di Amman, dua kawasan tempat tinggal rakyat Palestin yang menjadi lokasi program ialah kawasan penempatan Husain dan Wahdah.

Setiap satu penempatan berkeluasan kira-kira 4 kilometer persegi, dihuni kira-kira 8,000 keluarga yang berhijrah ke situ sejak tahun 1960-an lagi.

Setiap pek makanan yang diagihkan mengandungi 15 barangan termasuk minyak masak, beras, kacang dan rempah ratus.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia