PEK IFTAR PERCUMA UNTUK PENDUDUK GAZA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

Ketika makanan amat sukar diperolehi, Juadah iftar Ramadan percuma dari Muslim Care Malaysia (MCM) disambut penuh kesyukuran oleh penduduk Gaza.

Sumbangan diberikan pada hari ke-160 perang di Gaza bersamaan 2 Ramadan dan juadah itu dimasak sendiri Pengerusi MCM Palestin Ahmed Abu Ayesh dan pasukannya.

Begitulah semangat juang yang sukar dicari ganti yang dimiliki Ahmed Abu Ayesh biarpun dia sendiri kini hidup serba kekurangan dalam kawasan bekas kandang lembu.

Setiap kali berhubung, kami berpesan kepada beliau supaya jaga diri, dan pesanan kami itu disambut dengan tegas oleh Abu Ayesh bahawa dia tidak penting tetapi penduduk Gaza keseluruhannya lebih penting.

Kata Abu Ayesh, dia bukan hanya menjaga diri dia seorang tetapi dia menjaga beribu-ribu penduduk Gaza yang berada di sekitarnya. Itulah Abu Ayesh, tetap bersemangat biarpun kini berada di dalam episod hidup yang paling sukar.

Mohon doa dari semua semoga beliau sentiasa selamat di dalam jagaan Allah.

Amin.

Kepada yang berhajat untuk menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-ramadan...

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya.





© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia