PEJABAT MUSLIM CARE MALAYSIA-TURKIYE BERGEGAR KESAN GEMPA DI ARSUS HARTEY, TURKIYE.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 February, 2023
Pejabat Muslim Care Malaysia-Turkiye yang terletak di Arsus Hartey, Turkiye turut terkesan selepas satu lagi gegaran berlaku malam semalam.
Alhamdulillah, tiada yang tercedera memandangkan gegaran berlaku pada waktu malam dan tiada sesiapa di pejabat ketika itu.
Pejabat Muslim Care Malaysia-Turkiye diwujudkan bagi memastikan urusan membantu pelarian-pelarian Syria di Turkiye serta pelarian Syria yang berada di dalam Syria (IDP). Bantuan berbentuk pendidikan, kesihatan, makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain keperluan sememangnya kami sentiasa usahakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Selain itu, pejabat ini turut menjadi pusat operasi untuk kerja-kerja kebajikan lain di dalam Turkiye.
Insya-Allah, rombongan Muslim Care Malaysia (MCM) akan bertolak ke Turkiye pada malam ini bagi menyampaikan bantuan dan sokongan tambahan kepada saudara kita di sana.
Sumbangan daripada Tuan/Puan sangat kami alu-alukan dan boleh dilakukan melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan dapat menambah jumlah bantuan untuk disampaikan kepada saudara kita di Turkiye.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#prayforTurkiye
#prayforSyria
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia