PBT GAZA SERAH SIJIL BUKTI SUMBANGAN MCM
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
20 June, 2026
Dua sijil dikeluarkan Majlis Perbandaran Rafah dan Majlis Perbandaran Khan Younis ini amat bermakna kepada Muslim Care Malaysia (MCM).
Ia diharapkan mampu menjawab persoalan dan menghapuskan kesangsian kepada mereka yang acapkali bertanya: “Bagaimana MCM hantar bantuan ke Gaza? Boleh sampai ke?”
Selain gambar dan klip video yang secara konsisten dipaparkan di akaun media sosial MCM, sijil ini satu lagi bukti kukuh betapa amanah rakyat Malaysia untuk bumi Palestin yang disalurkan melalui MCM, mampu dan telah kami laksanakan, Alhamdulillah.
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pengerusi MCM Palestin, Ahmad Abu Ayesh AnNajar atas kegigihan dan kerja kuat beliau melaksanakan pelbagai bentuk bantuan yang diamanahkan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Waktu ta, Tepat Pada Sasaran