'PAPAN CATUR' KUASA BESAR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 July, 2023

Idlib, Syria: Konflik enam penjuru. Itu yang dihadapi oleh rakyat negara ini sehingga mengakibatkan konflik berdarah berlarutan lebih sedekad lalu sejak kebangkitan masyarakat Arab (Arab Springs).

Ia turut membabitkan peranan kuasa besar sehingga menjadikan Syria sebagai 'papan catur' dalam konflik terbabit dan rakyatnya menerima kesan langsung pembabitan negara kuasa besar ini.

Berdasarkan rekod, lebih 230,000 rakyat Syria terkorban sejak konflik itu melanda negara berkenaan dan daripada jumlah itu, lebih 30,000 adalah kanak-kanak.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, Syria menghadapi konflik enam penjuru membabitkan Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa pecahan kumpulan pembebasan yang lain.

Beliau yang juga Duta Muslim Care Malaysia (MCM) berkata, setiap pihak yang terbabit dalam konflik berdarah ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk memperluaskan pengaruh atau memanipulasi hasil bumi Syria.

Ikuti berita sepenuhnya di pautan di bawah:

http://bitly.ws/K94U

 

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia