PALESTIN SENTIASA DIINGATI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 January, 2025

Terima kasih Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor - Geng Talaqqi (GT) dan Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim diatas kepercayaan yang diberikan kepada Muslim Care Malaysia Society untuk menguruskan sumbangan dana untuk susu buat anak-anak di Gaza.

Alhamdulillah sebanyak RM22,000 telah disampaikan kepada Muslim Care Malaysia (MCM) untuk tujuan tersebut yang mana sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang simpati kepada anak-anak di Gaza khususnya.

Insya-Allah, MCM melalui sahabat kami di Gaza Ahmed Abu Ayesh, selaku Pengerusi Muslim Care Palestine akan menguruskan kesemua sumbangan yang diterima.

Terima kasih GT dan rakyat Malaysia yang sangat prihatin.

Daripada Abu Darda' bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat: "Bagi engkau juga beroleh yang seumpama dengannya."

(Hadis riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak mampu membantu dengan jiwa dan raga tetapi kita ada harta dan doa, maka bertindaklah agar kita bebas dari dakwaan mereka yang dizalimi. Doakan kekuatan, kesabaran dan kemenangan buat saudara-saudara kita yang saban hari sedang dibunuh. Juga mohonlah agar musuh-musuh yang sedang memerangi saudara-saudara kita pada masa ini dihancurkan oleh tentera-tentera Allah.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan kurniakan kemenangan buat Islam di muka bumi ini.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia