PAHALA TERUS MENGALIR DI HOSPITAL KEPALA BATAS...INSYAALLAH
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
21 March, 2023
Terharu rasanya melihat wakaf Short Stay Unit (SSU) di Hospital Kepala Batas, Seberang Perai Utara yang diusahakan Muslim Care Malaysia sejak 2021 masih dimanfaatkan sebaiknya sehingga ke hari ini.
Majlis Perasmian Wakaf SSU Jabatan Kecemasan dan Trauma , Hospital Kepala Batas itu telah disempurnakan oleh Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad pada Disember 2021.
Wad ini menempatkan 14 katil, peralatan perubatan yang lengkap dan juga penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada pesakit ketika menunggu untuk memasuki wad.
Pembinaan yang memakan masa selama tiga bulan dan menelan kos sebanyak RM100,000 adalah hasil dari sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia dan kerjasama beberapa NGO yang lain.
Semoga setiap jariah yang disumbangkan untuk menjayakan projek ini menjadi bekalan akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang yang selalu bersama dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve