Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 October, 2022
Kanser payudara berpunca daripada sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal.
 
Kanser payudara merupakan kanser tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Ia juga penyebab utama bagi semua kematian yang disebabkan oleh kanser dalam kalangan wanita di Malaysia.
 
Menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Pertubuhan Cancer Survivors Malaysia (CSM) dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) USM untuk menganjurkan Pink October High Tea, Encik Mohd Johari Ismail, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah hadir bersama dalam majlis tersebut.
 
Tayangan montaj dan perkongsian pengalaman pemandiri kanser telah membuka mata tentang bahayanya penyakit ini.
 
Jika tidak dikesan dan dirawat segera, kanser ini boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.
Kesedaran untuk membuat pengesanan awal di kalangan komuniti amat diharapkan agar rawatan yang
terbaik
 
dapat diambil sebelum ia mula merebak.
 
Diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ الْهَرَمُ
Maksudnya : Berubatlah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya melainkan satu penyakit sahaja, iaitu ketuaan.
Riwayat Abu Daud (3855)
 
Jangan takut untuk menjalani pemeriksaan mamogram. Langkah awal mampu menyelamatkan nyawa dan menjauhkan diri dari mudarat yang lebih besar.
Insya-Allah.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia