OKSIGEN YANG BERBAYAR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 June, 2023
Sungguh tidak dapat dibayangkan andai suatu hari nanti oksigen yang kita sedut secara percuma, suatu hari nanti perlu dibayar. Itulah ujian yang menimpa En Haniff.
Keadaan paru-paru yang agak kronik menyebabkan paru-parunya tidak dapat membekalkan oksigen secukupnya. Setiap hari En Hanif perlu bergantung dengan mesin oksigen supaya jumlah oksigen dalam tubuhnya mencukupi. Mesin oksigen yang disewa Rm70 sehari ini perlu digunakan setiap hari, 24 jam. Kehadiran Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) ke rumah beliau baru-baru ini benar-benar melegakan hatinya. Bebanan kewangan untuk membayar sewa mesin oksigen sudah berjaya dilupuskan dengan sumbangan mesin oksigen daripada MCM.
Terima kasih kepada semua penyumbang MCM yang terus bersama dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran, tepat pada waktunya.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia