NGO PERTAMA HULUR BANTUAN SEJAK 30 TAHUN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 August, 2024

“Inilah NGO yang pertama datang buat program kebajikan di masjid ini sejak ia didirikan lebih 30 tahun lalu. Terima kasih banyak-banyak kepada Muslim Care Malaysia (MCM),” kata Pengerusi Masjid Raudhatul Ilmiyah, Kampung Kuala, Papar Sabah, Tuan Haji Aslie Safli.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Kasih Asnaf EKUINAS bersama Muslim Care Malaysia di masjid itu pada 22 Ogos 2024.

Majlis perasmian program disempurnakan Pengurus Komunikasi CSR dan Komuniti Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Puan Nolly Ismail. Hadir sama Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan dan Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar.

Dalam program kerjasama EKUINAS dan MCM itu seramai 100 keluarga asnaf kebanyakannya nelayan menerima bakul makanan yang nilai keseluruhannya RM10,000 mengandungi beras, gula, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain

Puan Nolly berkata, pihaknya bersyukur kerana dapat turun padang bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang menjadi sebahagian aktiviti teras EKUINAS.

“Ini lokasi ketiga program Kasih Asnaf EKUINAS bersama MCM. Alhamdulillah kali ini saya dapat turut serta selepas tidak berkesempatan hadir di Perlis dan Kedah sebelum ini,” katanya.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia