NGO DARI BRUNEI DAN SINGAPURA HADIR BERSAMA DEMI PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 October, 2024

Kuat lilit kerana simpulnya.

Begitulah ibaratnya perjuangan ke arah pembebasan bumi Palestin. Kekuatan perjuangan Palestin bukan semata-mata terletak kepada mereka di Palestin, bahkan seluruh umat Islam yang bersatu hati dan istiqamah dalam usaha membantu perjuangan di Palestin.

Majlis Makan Malam Amal Memperingati 365 Hari Taufan Al-Aqsa anjuran Muslim Care Malaysia dan Maktabah Al Bakri pada 6 Oktober 2024 baru-baru ini turut dihadiri rakan NGO dari Brunei dan Singapura.

Kehadiran Komuniti Misi Kemanusiaan dari Brunei dan 1Third Media dari Singapura benar-benar membuktikan bumi Nusantara sentiasa menyokong penuh perjuangan saudara kita di Palestin.

Kehadiran rakan-rakan NGO yang pelbagai di Malaysia turut dihargai dan diraikan.

Mudah-mudahan lebih banyak kerjasama dapat dijalankan dalam pelbagai misi kemanusiaan dan kemasyarakatan akan datang.

Sudah tiba masanya, kita perkukuhkan kerjasama demi kebangkitan Islam.

Insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia