NELAYAN PENAGA BERTERIMA KASIH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 August, 2024

Muslim Care Malaysia (MCM) menyantuni 100 ketua keluarga di sekitar perkampungan nelayan di Penaga yang majoritinya bertaraf kehidupan bawah B40 pada 17 Ogos 2024. Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM24,000.

Mereka sentiasa berusaha bekerja untuk meningkatkan taraf hidup tetapi situasi semasa telah menambahkan lagi keperitan hidup masyarakat nelayan di sini.

Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM berkesempatan berbual dengan salah seorang kepala nelayan di jeti berlabuh berhampiran Pasar Bisik berkisar tentang aktiviti penangkapan ikan.

“Hari ni semua kos ke laut meningkat bila harga minyak diesel naik. Umpan naik harga, spare part naik harga dan beberapa kos sampingan turut naik."kongsi nelayan di situ.

Kehadiran MCM di perkampungan mereka, sangat dihargai dan disambut baik. Mereka sangat berterima kasih di atas sumbangan yang kami bawa termasuklah beras, telur, pek makanan kering dan kit ibadah.

MCM akan sentiasa cakna terhadap masyarakat yang memerlukan dan akan berusaha menyalurkan bantuan dengan kemampuan yang ada darı masa ke semasa.

Terima kasih kepada para penyumbang yang bersama dalam menjayakan program ini dan semoga Allah mengganjari semuanya dengan sebaik-baik ganjaran insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia