NASIHAT DARIPADA 'OTAI' UNTUK PELAJAR MALAYSIA DI SYRIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2025

Lebih 20 pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Damsyik, Syria menerima mutiara amat berharga daripada abang-abang senior mereka di penghujung misi Malaysia Aid2Syria pada 29 Januari 2025.

Dua exco Muslim Care Malaysia (MCM), Ustqz Nazmi Karim dan Ustaz Muaz Hassan, CEO Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir al-Nuri Kamaruzaman serta sukarelawan CGM, Ustaz Yaser Yusuf adalah empat 'otai' yang pernah belajar di Syria.

Antara pesanan dan panduan kepada pelajar Malaysia terbabit ialah supaya mereka mensasarkan untuk menjadi yang terbaik dalam segala bidang, selain menjadi contoh dalam kalangan pelajar luar negara di Syria.

"Junkah penuntut (bidang pengajian Islam) dari Malaysia di Syria sangat sedikit, tqk sampaipun 100 orang berbanding negara lain, contohnya di Mesir dan Jordan yang ada beribu orang.

"Ini menunjukkwn anda semua golongan istimewa yang dipilih Allah untuk menimba ilmu di bumi Syria ini yang Rasulullah SAW doakan keberkatannya.

"Jadi, jaga akhlak dan pastikan anda semua manfaatkan keberadaan di buni Syam ini untuk mendapat ilmu sebanyak mungkin daripada ulamak-ulamak hebat di sini," kata Ustaz Nazmi.

Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan pula menasihatkan pelajar terbabit supaya turut memperlengkapkan diri dengan kemahiran tambahan seperi pengurusan organisasi dan aktiviti kebajikan.

Beliau kemudian mengumumkan sumbangan MCM sebanyak AS$1,000 kepada Persatuan Pelajar Malaysia (PPMS) untuk manfaat ahlinya,

Misi ‘Malaysia Aid 2 Syria’ yang membabitkan kerjasama 14 organisasi diketuai MCM mengambil masa 12 hari, berakhir 31 Januari 2025.

Pengisian misi ialah agihan sumbangan pek makanan, pakaian musim sejuk dan pemeriksaan kesihatan di Damsyik, Aleppo, Hama dan Homs membabitkan 5,000 penerima bantuan.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia