Nabi Muhammad SAW sebaik-baik ciptaan

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 October, 2022

Telah diciptakan di dunia ini, yang digelar sebagai sebaik-baik ciptaan iaitu Nabi Muhammad SAW.

Ali Ibn Abi Talib menggambarkan ciri fizikal Rasulullah SAW : 
" Postur tubuh Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki perwatakan yang sedang dibandingkan kaumnya.

Rambut Baginda tidak terlalu keriting dan tidak lurus terurai. Baginda berambut ikal, tidak gemuk dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit putih kemerah-merahan.

Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat,  bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu.

Dada Baginda berbulu. 

Telapak tangan dan kaki Baginda tebal. Ketika berjalan,  Baginda seakan-akan melangkh meneruni tanah yang landai. 

Ketika menoleh, Baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. 

Antara kedua bahu Baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada,  ucapannya paling mudah dipercayai, karakternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.

Siapa pun yang pertama kali melihat Baginda, pasti segan tetapi orang yang telah lama bergaul dengan Baginda pasti mencintai Baginda. 

Siapa pun yang cuba menggambarkan karakter Baginda pasti berkata :
'Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah SAW baik sebelum mahupun setelah baginda wafat.' "
( Riwayat al-Tirmizi, Ibn Sa'd dan al-Baihaqi) 

Klik untuk info lanjut

Sesungguhnya mustahil untuk kita meniru keseluruhan bentuk tubuh Nabi Muhammad SAW. Namun tetap boleh jika diusahakan sebahagiannya. Seperti perut yang leper tidak tinggi daripada dada. 

Bagaimana? 
Dengan menjaga pemakanan dan olahraga. 

Namun ketahuilah, yang lebih utama untuk kita ikuti adalah akhlak dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW.

Berazamlah untuk mengikuti sunnah dan akhlak Rasulullah SAW walau hanya satu. Semoga berkat daripada itu, Rasulullah SAW mengecam kita sebagai pengikutnya. 

Amin.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia