MUSLIM CARE MENERIMA KUNJUNGAN MESRA NGO LUBNAN ITIHAD.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 November, 2022
Di hari Jumaat yang mulia minggu lepas, Syeikh Youssef El Qadri dan Marwan Badaoui wakil dari NGO Lubnan ITIHAD telah hadir ke bilik operasi Muslim Care Malaysia Society (MCM), Selayang.
 
Lubnan sebuah negara dengan kompisisi agama Islam (Sunni) 30%, Kristian 30% dan Syiah 40% kini sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan kemanusiaan yang sangat dasyat. Pekerja-pekerja dalam sektor kerajaan di sana kini terpaksa mengikat perut memandangkan sudah lama mereka bekerja tanpa gaji. Kerajaan tidak mampu lagi membayar gaji mereka.
Ada di kalangan tentera sendiri pun betugas sebagai tentera dis ebelah pagi dan di sebelah petangnya perlu mengusahakan pekerjaan lain demi kelangsungan hidup.
 
"Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.”
(Hadis riwayat Muslim)
 
MCM dengan Kerjasama NGO Lubnan ITIHAD akan menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk di Lubnan awal tahun 2023 nanti dan mensasarkan edaran bantuan seperti baju sejuk, selimut,diesel/petrol serta makanan asas khususnya di Kem Pelarian Arsaal.
Mudah-mudahan hubungan silaturahim bersama NGO Lubnan ITIHAD akan terus baik dalam usaha kerjasama kebajikan untuk umat Islam khususnya di Lubnan (Lebanon).
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#care4lebanon
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia