MUSLIM CARE MALAYSIA TERANGI JALAN DI GAZA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2026

Alhamdulillah, Majlis Perbandaran Al-Qarara telah berjaya melaksanakan projek pemasangan lampu jalan di Jalan Al-Rashid (kawasan pesisir) dalam wilayah Mawasi Al-Qarara dengan pembiayaan sepenuhnya daripada Muslim Care Malaysia Society (MCM).

Projek ini melibatkan pemasangan sebanyak 24 unit lampu LED, pembinaan sekurang-kurangnya 10 tiang kayu, serta penyediaan sistem kabel elektrik yang menghubungkan rangkaian pencahayaan kepada sumber tenaga.

Pihak majlis menegaskan bahawa projek ini dilaksanakan sepenuhnya melalui sokongan Muslim Care Malaysia tanpa sebarang campur tangan pihak lain. Inisiatif ini amat penting memandangkan kawasan Mawasi Al-Qarara kini dipenuhi ribuan pelarian yang berlindung selepas kehilangan tempat tinggal akibat konflik berpanjangan.

Pemasangan lampu ini bukan sekadar memberi pencahayaan, tetapi juga mewujudkan rasa selamat, harapan dan sedikit ketenangan kepada penduduk serta keluarga pelarian yang berada dalam keadaan serba kekurangan.

Muslim Care Malaysia komited untuk terus menyampaikan bantuan kemanusiaan yang tepat pada waktunya dan tepat pada sasaran, demi meringankan penderitaan saudara kita di Gaza.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman.

Sumbangan anda telah menjadi sinar harapan buat mereka yang hidup dalam kegelapan.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia