MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY DIKUNJUNGI IMAM BESAR MASJID AL-AQSA, PALESTIN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 November, 2022
Muslim Care Malaysia Society (MCM) berbesar hati menerima kunjungan daripada Sheikh Dr. Ekrima Sa'id Sabri dan Sheikh Dr. Ahmad Al-Omari baru-baru ini.

Beliau menzahirkan perasaan gembiranya dengan usaha yang telah Muslim Care Malaysia Society dan rakyat Malaysia yang selalu prihatin dengan kondisi umat Islam di Palestin.
"Seharusnya apa sahaja yang terjadi di bumi Palestin seharusnya menjadi sesuatu yang penting yang perlu diketahui oleh semua umat Islam," antara amanat yang sempat dititipkan Sheikh Dr. Ekrima Sa'id Sabri dalam kunjungan tersebut.
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya baginda Rasulullah SAW telah bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa.”
(Riwayat al-Bukhari)
 
Melihat kepada penjelasan di atas, jelas menunjukkan kepada kita akan kelebihan dan fadhilat yang terdapat pada masjid al-Aqsa atau bumi Palestin itu sendiri. Justeru, kita sebagai umat Islam dituntut untuk sentiasa mengasihi dan mencintai tanah suci ini dan mempertahankannya daripada segala ancaman dan juga anasir yang tidak baik.
Kepada yang berhajat untuk menyumbang kepada saudara kita di Palestin boleh berbuat demikian melalui capaian ini
 
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
 
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
 
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
 
Semoga jariah yang dihulurkan, menjadi saksi kebaikan kita di akhirat sana nanti.
Insya-Allah.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia