MUSLIM CARE MALAYSIA SALURKAN RM 267,000 KEPADA MAAHAD DAN SURAU SEKOLAH.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 December, 2022
Setinggi-tinggi kesyukuran, berkat sumbangan dan sokongan daripada penyumbang yang terdiri daripada orang ramai, badan kerajaan, badan korporat dan juga agensi bank yang terus percaya kepada Muslim Care Malaysia Society (MCM) , kita telah berjaya mengumpul dana untuk beberapa institusi pendidikan yang memerlukan.
Dana yang disumbangkan telah diserahkan kepada mudir dan guru yang hadir mewakili institusi masing-masing.
Sebanyak RM78,000 telah disumbangkan untuk baik pulih surau SK Bukit Beruntung, Rawang. Seterusnya RM49,000 telah disumbangkan untuk tujuan pembangunan Maahad Tahfiz Khaulah Al-Azwar Lil Banat (MAKAR). Turut menerima sumbangan ialah Surau Nur Ad-Din, SK Taman Medan sebanyak RM47, 000.
Dana terkumpul untuk Pembangunan Kelas di Al Aqsa Integrated School Kuala Lumpur sebanyak RM93, 000 akan diserahkan kemudian memandangkan wakil dari sekolah berkenaan tidak dapat hadir bersama semalam.
Sesi penyerahan replika cek telah diadakan di pejabat operasi MCM di Selayang semalam. Pengenalan ringkas berkenaan program-program yang dijayakan oleh MCM turut diadakan.
Firman Allah S.W.T:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah al-Ma’idah: 2)
MCM berbesar hati jika ada di kalangan pelajar serta pendidik dari mana-mana institusi pendidikan mahu bekerjasama dalam misi kemasyarakatan, kebajikan mahupun kemanusiaan.
Semoga Malaysia terus sejahtera dan makmur dengan kerja-kerja kebajikan dan kebaikan sesama manusia.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia