MUSLIM CARE MALAYSIA PERKEMASKAN GERAK KERJA.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 January, 2023
Hari ini untuk kali yang ke-16, Muslim Care Malaysia (MCM) telah mengadakan Mesyuarat Agung tahunan bagi membentangkan laporan aktiviti dan kewangan tahunan bagi sesi 2022.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis hari ini.
Allah SWT menjanjikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman dari kalangan lelaki dan perempuan yang beramal soleh sebagai simbol kebajikan untuk diri setiap hamba itu.
Firman Allah SWT:
(مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ)
Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
(Surah al-Nahl: 97)
Wangian dari bunga tersebar hanya mengikuti arah angin. Walhal, kebaikan seseorang terus tersebar ke semua arah.
Mohon doa daripada semua, semoga Muslim Care Malaysia (MCM) terus diberi kekuatan untuk melunaskan setiap amanah dan tanggungjawab dalam menjayakan misi kebajikan, kemasyarakatan dan dakwah merentasi sempadan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia