MUSLIM CARE MALAYSIA MENSASARKAN DAPAT BANTU LEBIH RAMAI YANG MEMERLUKAN.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 December, 2022
Projek Home2Live terus disebar luaskan manfaatnya kepada warga Pasir Mas, Kelantan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Roshdi Ismail, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan kerana sudi menerima kehadiran wakil Muslim Care Malaysia Society (MCM) semalam. Turut dibincangkan bersama dalam pertemuan yang diwakili oleh Tuan Haji Zulkifli Wajihan ,Presiden MCM, Tuan Ahmad Safwan dan beberapa heroes MCM ialah cadangan kerjasama untuk membina lebih banyak rumah asnaf di Pasir Mas, Kelantan.
Antara projek yang akan disegerakan proses pembinaan ialah Home2Live untuk Encik Mazlan sekeluarga yang baru-baru ini telah diuji dengan rumah terbakar. Rumah Encik Mazlan ialah projek Home2Live yang kedua di Pasir Mas, Kelantan.
Habis kesemuanya hangus dan musnah di hari umat Islam meraikan Aidiladha. Sungguh tidak terbayang bagaimana mereka mampu menghadapinya.
Terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato Ustaz Mohd Nassuruddin Haji Daud, ADUN Meranti dan YB Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari, Wakil Rakyat Parlimen Pasir Mas di atas kerjasama serta kepercayaan yang diberikan kepada kami, Muslim Care Malaysia Society.
Semoga lebih banyak projek dan misi kemasyarakatan dapat dijayakan bersama dalam masa-masa akan datang.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusianmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia