MUSLIM CARE MALAYSIA HADIR MEMBANTU SAUDARA DI CIANJUR.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 December, 2022
Gempa bumi di daerah Cianjur, Jawa Barat, Indonesia telah mengakibatkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal dan kini terpaksa menjalani kehidupan yang terdedah dengan penyakit dan jangkitan pula.
Dalam satu kenyataan, NGO Save The Children memaklumkan berikutan jumlah mangsa yang ramai, mangsa gempa bumi yang terselamat terpaksa berhimpit dalam khemah sementara serta tidak mempunyai akses kepada sanitasi yang mencukupi.
Muslim Care Malaysia Society (MCM) diwakili Tuan Mohd Johari Ismail , Timbalan Presiden MCM, Tuan Asri Hussein serta Tuan Badzli telah berlepas ke Cianjur awal pagi tadi bagi membantu di sana serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi.
Sedih membayangkan ketakutan dan kesedihan yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa di sana. Dalam keadaan diri sendiri yang tidak terurus, mereka terus berdoa dan berharap semoga tiada lagi gempa bumi susulan.
Ya Allah, kasihanilah mereka.
Permudahkan urusan mereka.
Ampunilah mereka.
Angkatlah darjat mereka di atas setiap kesabaran mereka dalam mendepani ujian besar ini.
Amiin.
Kepada yang masih mahu bersama-sama membantu saudara kita di Cianjur boleh salurkan ia melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan meringankan beban yang tidak tertanggung oleh mereka.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia