MUSLIM CARE MALAYSIA DAN PERDANA UKM SANTUNI ANAK YATIM

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

Muslim Care Malaysia dengan kerjasama daripada Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim Universiti Kebangsaan Malaysia (Perdana UKM) berpeluang menyantuni dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong Selangor. 

Program bersama anak yatim ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim seramai 50 orang di Pusat Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa. Kehadiran MCM dan Perdana UKM disambut baik oleh Pengerusi Pusat Kebajikan ini, En Amran. 

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama program sebegini dianjurkan di Pusat Kebajikan ini. Tambahan pula kehadiran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia turut memberikan senyuman kepada kanak-kanak di sana yang amat gembira apabila dilayan dengan baik oleh orang luar. 

Muslim Care Malaysia menyambut baik program seperti ini diadakan di dalam bulan Ramadan bagi menghidupkan suasana bulan yang mulia ini. 

Terima kasih kepada semua para penyumbang yang sentiasa setia bersama Muslim Care Malaysia. 

Muslim Care Malaysia Society 

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia