MUSLIM CARE MALAYSIA BUKA PUSAT PENGUMPULAN BAHAN AL-QURAN YANG TERJEJAS.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Berikutan banjir yang luar biasa kali ini di dua buah negeri di Pantai Timur, kebanyakkan rumah habis ditenggelami air.
Koleksi kitab, buku dan risalah yang mempunyai bahan Al-Quran juga habis tenggelam dan lunyai.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.
(Surah al-Hijr : 9)
Sehubungan dengan itu, Muslim Care Malaysia Society (MCM) dengan kerjasama MTIS CARE dan Pejabat Parlimen Rantau Panjang mengadakan satu inisiatif mengumpul teks dan bahan Al-Quran yang telah rosak. Bahan-bahan ini akan dihapuskan dan diproses dengan lebih tertib DAN sempurna dalam menjaga kemuliaan Al-Quran.
Bermula 26 Disember 2022 (Isnin) sehingga 7 Januari 2023 (Sabtu), orang ramai boleh menghantar naskhah yang mengandungi ayat Al Quran yang mahu dilupuskan di hadapan pejabat ADUN Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan En Muhaimin, 013-7151671 atau En Safuan, 013-4886447.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia