Muslim Care Malaysia buka Pusat Islam di Brazil

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 March, 2023

Muslim Care Malaysia (MCM) terus melebarkan jaringan aktiviti dakwah dan pendidikan di luar negara apabila menjadikan Florianopolis iaitu bandar di wilayah selatan Brazil sebagai destinasi terbaharu untuk pembukaan Pusat Islam MCM yang ke-15.

Presidennya Zulkifli Wahijan berkata, usaha membuka Pusat Islam dan Sekolah Antarabangsa MCM terbaharu itu dipermudahkan apabila pihaknya diwakafkan sebuah bangunan oleh seorang dermawan tempatan.

"Alhamdulillah, kunjungan kami ke sini selepas menempuh perjalanan selama kira-kira 30 jam dibalas oleh Allah SWT dengan satu pemberian amat istimewa dalam bulan Ramadan ini.

"Bangunan untuk dijadikan Pusat Islam dan Sekolah Antarabangsa MCM berharga kira-kira RM13.5 juta ini diwakafkan kepada MCM oleh Syeikh Mahmud Hussein, seorang keturunan Palestin yang sudah lama menetap di Brazil," katanya. 

 

Muslim Care buka Pusat Islam di Brazil

 

 

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia