MUSLIM CARE MALAYSIA BERTEMU BULAN SABIT MESIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 November, 2023

Jika setiap orang memerlukan 2 botol air minuman 1 liter setiap hari, bayangkan berapa banyak air yang sepatutnya disalurkan ke dalam Ghaza?

Dianggarkan seramai 1.5 juta orang sedang terperangkap di dalam Ghaza. Tidak dibenarkan keluar dan dalam masa yang sama dipotong bekalan air, elektrik dan Internet.

Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Timbalan Presiden Tuan Mohd Johari Ismail, Setiausaha Agung Tuan Ahmad Safuan Ujar dan Exco Media Tuan Asri Tuan Hussein bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan dari pelbagai negara berkumpul dan berbincang dengan Bulan Sabit Mesir yang bernaung di bawah Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Buat masa ini, hanya Bulan Sabit Merah Mesir satu-satunya organisasi yang dibenarkan pihak berkuasa Mesir melintasi Sempadan Rafah.

Sehingga hari ini, hanya 20 buah trak dibenarkan masuk untuk menyampaikan bantuan walaupun berpuluh-puluh lgi trak sudah bersedia untuk memasuki Ghaza menyampaikan bantuan.

Mohon doa dari semua, semoga semua bekalan perubatan yang telah MCM belikan akan smapai segera kepada saudara kita di Ghaza.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia