MUSLIM CARE BAWA KEGEMBIRAAN SELEPAS MUSIBAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 August, 2024

Selepas rumah tempat beliau dan keluarga berteduh musnah sama sekali akibat kebakaran pada Aidiladha dua tahun lalu, Mazalan Remli tidak pernah menyangka akan mendapat sebuah rumah baru secara percuma.

Demikian hikmah dikurniakan Allah SWT kepada Mazelan berkat sabar dan redanya. Amat benarlah firman Allah: “Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan.”

(Surah Al-Insyirah:5)

“Syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik anda semua,” kata Mazalan, penerima manfaat terkini program ‘Home2Live’ Muslim Care Malaysia (MCM).

Kos pembinaan rumah baru Mazelan yang berharga RM75,000 di Kampung Jejawi, Pasir Mas, Kelantan ditanggung sepenuhnya oleh MCM bersama Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan.

Acara perasmian dan simbolik penyerahan kunci rumah kepada Mazelan diadakan pada 9 Ogos 2024 oleh Encik Jailani Yunus, Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan, Tuan Mohd Maskam Tuan Mohd Azmi selaku wakil Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan serta Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia