MUSIM SEJUK MENAMBAH UJIAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 December, 2023

Luka perang masih berdarah kini mereka bakal berdepan dengan musim sejuk yang akan memburukkan keadaan. Demikianlah keadaan rakyat Palestin yang pada ketika ini hilang tempat tinggal dan segalanya kerana dibom penjajah.

Dengan sehelai sepinggang kebanyakkan mereka kerana tiada apa yang dapat diselamatkan apabila kediaman mereka musnah dan ranap. Bayangkan kesengsaraan yang bakal mereka lalui tanpa persediaan untuk menghadapi situasi dimana dengan hanya sepasang baju yang nipis tanpa kasut dan stokin. Mana mungkin mereka mampu untuk bertahan hidup dalam suhu 3°c...

Membayangkannya sahaja pun sudah tidak mampu, apatah lagi untuk menghadapi.

Namun,itulah realiti yang rakyat Palestin perlu berdepan ketika ini.

Ditambah pula dengan tiada tempat perlindungan yang sempurna dan hanya berteduh di dalam khemah sementara berlantaikan tanah tanpa apa-apa bekalan seperti air, elektrik dan alat pemanas ternyata sebuah pengalaman ngeri yang tidak dimahukan oleh sesiapa pun.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Muslim Care Malaysia (MCM) akan menggerakkan misi bantuan musim sejuk ke Palestin bernilai RM 2 juta bagi membekalkan alat pemanas, selimut, makanan panas setiap hari dan lain-lain keperluan.

Firman Allah SWT:

﴿انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkat pergilah kalian secara beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan merasa ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan merasa berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian pada jalan Allah (untuk membela Islam). Demikian itu, amatlah baik bagi kalian, jika kalian mengetahui.”

(Surah al-Taubah: 41)

Marilah bersama-sama kita bantu sebanyak yang boleh saudara kita di Palestin melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/.../dana-musim...

atau transaksi langsung ke akaun

MUSLIM CARE MALAYSIA

5644 9021 1159 (Maybank)

0701601007 7651 (Bank Islam)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.

📲Hotline : 011-50050035

📲En Johari : 016-9978323

📲En Safuan : 013-4886447

📲Cik Suryana : 011-21941194

📲Cik Zuriati : 019-2049434

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan akan menghangatkan musim sejuk mereka nanti dan Palestin mampu terus dipertahankan.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia