MISI KEBAJIKAN DAN DAKWAH MIRI, SARAWAK (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 July, 2024

Hingar-bingar suasana di sekitar Masjid Darul Iman, Miri Sarawak dipenuhi oleh gelak ketawa anak-anak yang hadir. Masing-masing gembira dengan majlis kenduri rakyat yang dianjurkan Muslim Care Malaysia pada 13 Julai 2024 baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti disusun untuk memeriahkan majlis antaranya cabutan bertuah, sukaneka , acara tarik tali dan lain-lain.

Hampir 170 buah keluarga terdiri daripada kaun Melayu dan Iban hadir bersama. Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas, set ibadah dan alat tulis turut diserahkan kepada mereka yang hadir.

Serahan sumbangan turut dilakukan di Balai Raya, Tudan Fasa 4 dan Masjid Nurul Iman, Kuala Baram.

Mudah-mudahan setiap bantuan yang diberikan akan meringankan komitmen bulanan mereka dan memudahkan urusan mereka insya-Allah.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman dan baik hati yang selalu sedia membantu mereka yang memerlukan. Semoga Allah mengganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran buat semua.

Amin.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia