MISI KEBAJIKAN & DAKWAH BUMI CHAMPA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
28 December, 2022
Islam semakin berkembang subur di bumi terdapatnya masyarakat Champa yang sebahagiannya fasih berbahasa Melayu.
Dengan berbahasa Melayu loghat Kemboja seorang warga emas menyambut kehadiran kami dengan gembira sekali beberapa tahun lalu, “ Terima kasih datang melawat kami. Rasa gembira kerana persaudaraan Islam dapat menguatkan iman kami. ”
Demikianlah betapa dirasakan santunan kita dapat mengukuhkan iman disamping mengeratkan silaturrahim.
Kali ini, Muslim Care Malaysia Society (MCM) akan mengadakan misi bagi menyantuni saudara-saudara seakidah dengan kita di sekitar Wilayah Kg Cham. Antara program yang akan dilaksanakan adalah waqaf Al-Quran, serahan pek makanan kepada 400 keluarga asnaf, pemeriksaan kesihatan, kenduri rakyat dan juga perasmian Masjid baru di Kg Tbong Khmom, Kg Cham, Kemboja.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang ingin rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dijemput para dermawan untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan misi ini melalui capaian ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Semoga dengan setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi saham yang memberatkan timbangan amal kebajikan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia