
MISI KE SELATAN MYANMAR DI MUKA DEPAN AHBAR METRO AHAD (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 May, 2025
Tidak ramai yang mengetahui wujud etnik Melayu di Myanmar dan komuniti Islam ini seolah-olah dilupakan daripada segala bentuk bantuan luar.
Itu antara objektif Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) selain melihat bentuk sumbangan yang sesuai untuk masyarakat Islam di negara berkenaan.
Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail berkata, ini adalah kali kedua MCM melaksanakan misi sama dan kali ini, fokus lebih terarah untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap terhadap masyarakat Melayu di negara itu.
"Pada masa sama, kami juga sedang merancang untuk melaksanakan ibadah korban di sini (Bokepyin, Myanmar) dan melihat bentuk bantuan yang bersesuaian.
"Terdapat persepsi umum yang menyangka bahawa masyarakat Melayu di Myanmar ini adalah etnik Rohingya atau Melayu Champa sedangkan faktanya tidak sebegitu.
"Masyarakat Melayu di sini turut dikenali sebagai Pashu dan mereka adalah etnik minoriti dan berbeza dengan Rohingya atau Melayu Champa," katanya.
Mohd Johari berkata, orang awam yang ingin bersama-sama menyumbang boleh melakukan transaksi menerusi akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam (14014010147470) dan Bank Rakyat (1101744599)