MISI DAKWAH DAN BANTUAN RAMADAN BRAZIL 2024

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024

Empat wakil Muslim Care Malaysia (MCM) berlepas ke Brazil dari KLIA pada jam 1.45 pagi, 15 Mac 2024 untuk misi dakwah dan bantuan Ramadan.

Istimewanya misi kali ini yang diketuai Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan turut disertai Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Aminuraasyid Yatiban.

Dua lagi peserta misi ialah Pengerusi Muslim Care Brazil, Hussein Abu Marzouq dan Exco MCM, Tuan Asri Tuan Hussein.

Antara agenda utama misi selama 13 hari itu ialah melaksanakan kajian dan penulisan Dr Aminuraasyid mengenai rakyat Palestin yang berhijrah ke Brazil.

Amerika Latin terutama Brazil adalah wilayah yang menjadi tumpuan penduduk Palestin berhijrah sejak negara mereka diceroboh pada 1948 dengan jumlah keseluruhan pada masa ini sekitar 500,000 orang.

Selain itu, aktiviti lain yang bakal dijalankan ialah tajaan iftar kepada komuniti muslim di Santa Cantarina dan Brasilia.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia