MISI BANTUAN PENUH CABARAN DI SUDAN MENARIK PERHATIAN HARIAN METRO

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2026

Terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan mengenai misi bantuan kemanusiaan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Sudan dari 29 Januari hingga 6 Februari 2026.

Dalam misi itu, MCM diwakili Timbalan Presiden, Mohd Johari Ismail dan berkolaborasi dengan Yayasan Mawar yang berpejabat di Pulau Pinang.

Dianggarkan lebih 522,000 kanak-kanak di negara itu meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan yang teruk susulan krisis kebuluran dan penyakit yang melanda negara itu.

Mohd Johari berkata, di sebalik pelbagai cabaran dan sekatan jalan raya, dia bersyukur kerana berjaya memasuki Kosti, Sudan, yang mengalami kemusnahan dahsyat akibat konflik bersenjata yang berlarutan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1319070/biar-berdepan-risiko-kami-tekad-beri-bantuan


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia