MISI BANTUAN KE SYRIA & TURKIYE 3.0 DISERTAI USTAZ WADI ANNUAR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 April, 2023
Bagaikan menghantar sireh pulang ke ganggang, Misi Bantuan Kemanusiaan Syria & Turkiye 3.0 kali ini membawa tiga bekas pelajar yang pernah menuntut ilmu di bumi Syam iaitu Ustaz Wadi Annuar , Ustaz Nazmi Karim (Original) serta Ustaz Muaz Hasan Ad-Dimasyqi mewakili Muslim Care Malaysia (MCM) bagi menyampaikan sumbangan daripada rakyat Malaysia.
Turut serta dalam misi kali ini ialah Tuan Muhd Khidhir Izaidin, Naib Presiden MCM serta pegawai media Ustaz Wadi Annuar.
Dalam keadaan yang masih terkejut dan trauma, saudara kita di Syria dan Turkiye yang terkesan dengan gempa baru-baru ini masih perlu terus kuat dan bertahan. Hidup mesti diteruskan.
Mudah-mudahan dengan bantuan yang akan disampaikan nanti akan menambah riang di hati mereka dan membantu mereka untuk lebih bersemangat menyambut ketibaan Syawal nanti.
Mohon doa daripada semua agar misi kali ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan semuanya Insya-Allah. Kepada yang berhajat untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Syria dan Turkiye bolehlah berbuat demikian melalui pautan ini
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
Rujukan : gempa Turkiye
Mudah-mudahan setiap jariah dan sumbangan yang dihulurkan akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran bahkan berganda-ganda nilainya ketika di bulan Ramadan ini.
Insya-Allah.
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia