MISI BANTUAN BANJIR DI KELANTAN (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 January, 2024

Tidak senang duduk jadinya apabila mendapat khabar berita banjir di Kelantan semakin memburuk.

Diketuai Tuan Ahmad Safwan Ujar, sepasukan sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) telah menuju ke Kelantan dan membawa bantuan berbentuk kit makanan dan kit kebersihan.

Sambil meninjau keadaan semasa di Kelantan, agihan roti dan air bersih terus dibuat bagi memastikan sahabat kita di Kelantan kekal positif walau diuji banjir besar.

Lebih banyak agihan akan dibuat kepada lebih ramai mangsa banjir dari semasa ke semasa.

Turut menghuurkan sumbangan ialah rakan kolobrasi sukarelawan Yayasan Sultanah Bahiyah dari Kedah selaku rakan kolaborasi MCM. Mereka hadir dengan tiga pacuan empat roda yang membawa empat bot yang amat bermanfaat untuk melancarkan gerak kerja menghantar bantuan k[ada mangsa banjir.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia