MISI BANTUAN BANJIR ACEH 3.0 BERMULA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 January, 2026

Empat puluh enam peserta termasuk tujuh doktor dari tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia dan dua dari Indonesia bergabung dalam Misi Bantuan Banjir Aceh 3.0 yang diketuai Muslim Care Malaysia (MCM).

Misi selama enam hari dari 30 Disember 2025

hingga 4 Januari 2026 itu bakal mengagihkan pelbagai barangan bantuan yang keseluruhan bernilai RM450,000 untuk manfaat kira-kira 5,000 mangsa banjir di sekitar Aceh Tamiang dan Lokhseumawe.

NGO yang berkolaborasi bersama MCM untuk misi ini ialah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Ikhlas Care, Pertubuhan Kebajikan Berkat (Berkat), Harmoni Prihatin Malaysia (HPM), Geng Talaqi dan Pertubuhan Jariah Qaseh.

Sejurus tiba di Medan kira-kira jam 11 pagi 30 Disember 2025, sebahagian peserta terus melakukan kerja membungkus 1,500 pek bantuan untuk mangsa banjir.

Setiap pek bernilai RM160 mengandungi beras 10kg, minyak masak 2kg, gula, ikan kering, kain sarung, telekung dan pakaian dalam untuk lelaki dan wanita.

Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia