MINI KARNIVAL PERPADUAN 2025
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 October, 2025
Alhamdulillah, Karnival Perpaduan telah berjaya dilaksanakan dengan meriah. Kehadiran kaum cina dan india dari Razak Mansion menyerikan lagi Sesi Tazkirah Dhuha yang bertajuk Apa Yang Anda Fikirkan, Belum Tentu Benar yang mengupas tentang menyantuni non muslim adalah sunnah Rasulullah SAW.
Seramai 200 buah keluarga dari pelbagai kaum telah menerima sumbangan pek makanan asas, menyertai acara sukaneka, pertandingan mewarna, saringan kesihatan secara percuma dan menikmati juadah kenduri rakyat.
Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menjayakan Karnival Perpaduan di Surau Nur Iman JKR Kuarters, Sungai Besi.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve