MESYUARAT PENYELARASAN BANJIR KEDAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 November, 2022
Muslim Care Malaysia menyertai Mesyuarat Penyelarasan Banjir Kedah bersama Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) serta rakan strategik NGO yang lain.
 
YSB tidak asing lagi bagi Muslim Care Malaysia dalam usaha sama membantu masyarakat yang ditimpa bencana termasuk membantu memberi latihan Bencana Banjir dan antara tonggak kejayaan merealisasikan Madrasah Terapung. Turut hadir bersama dalam mesyuarat kali ini ialah NGO dari ABIM, Radio Amatur Kedah, 4X4 Kedah, Kelab Pengakap Kedah, MRA, GPM, PBSM dan lain-lain yang turut komited bekerjasama membantu mangsa banjir khususnya di Negeri Kedah.
 
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah diwakili oleh Setiausaha Agung MCM, Tuan Ahmad Safuan dalam mesyuarat kali ini.
 
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”
(Surah Al-Maidah: 2)
 
Semoga kerjasama yang lebih erat dapat dijalankan dalam misi seterusnya bersama YSB yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah.
Kepada yang berbesar hati untuk turut membantu mangsa banjir, boleh berbuat demikian melalui capaian ini
 
 
 
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
 
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
 
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
 
Terima kasih kepada semua yang prihatin dan bermurah hati untuk bersama-sama dengan Muslim Care Malaysia Society dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi kalian.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia