MERINGANKAN BEBAN SISWA, MENYOKONG IMPIAN MEREKA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 October, 2026
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia (MCM) telah menyerahkan bantuan menerusi Inisiatif Deposit Rumah Sewa kepada siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terpilih di Taman Desa Anggerik, Nilai, Negeri Sembilan.
Bantuan berjumlah RM2,500 ini melibatkan sekitar 10 buah rumah sewa pelajar, bagi membantu meringankan beban mereka menyediakan deposit kediaman sepanjang pengajian.
Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Ustaz Muaz Hasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MCM, pada 24 Oktober 2026.
Semoga sokongan ini memberi sedikit kelegaan kepada para siswa agar dapat meneruskan pengajian dengan lebih tenang dan fokus mengejar cita-cita.
Terima kasih kepada para penyumbang yang terus bersama Muslim Care Malaysia menyantuni mereka yang memerlukan. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.