MEREKA TAK SANGKA BATUAN DATANG DARI MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 September, 2026

Di Kampung Nanga Pede, Flores, Indonesia, kami sekali lagi turun menyantuni keluarga yang terkesan akibat gempa.

Kami datang bukan sekadar membawa sembako.

Kami datang untuk mendengar cerita mereka. Mendengar bagaimana mereka melalui detik gempa, ketakutan yang masih tersimpan dan kesukaran yang mereka hadapi selepas bencana.

Apa yang paling menyentuh hati…

Mereka begitu terkejut apabila melihat kami datang.

“Orang Malaysia datang bantu kami…”

Mungkin bagi kita, perjalanan ke sebuah kampung itu biasa. Tetapi untuk sampai ke Kampung Nanga Pede, jalannya bukan mudah. Banyak selekoh dan jalan yang berliku, membuatkan perjalanan ke sini cukup mencabar.

Namun kesukaran perjalanan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesusahan yang sedang mereka lalui.

Hari ini, kami serahkan sedikit sembako sebagai tanda kasih dan solidariti daripada rakyat Malaysia.

Mungkin hanya sekotak makanan dan beberapa barangan keperluan.

Tetapi bagi mereka, ia membawa satu mesej yang besar…

Mereka tidak dilupakan.

Terima kasih kepada semua yang menitipkan amanah untuk kami sampaikan kepada saudara-saudara kita di Flores.

Semoga setiap bantuan yang sampai menjadi sebab Allah meringankan beban mereka dan menguatkan hati mereka untuk terus bangkit.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia