MENYANTUNI DENGAN HATI (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
29 July, 2025

Delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) memenuhi undangan Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) bagi sesi wawancara eksklusif bersama Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan seawal jam 9 pagi di hari kedua Kembara Dakwah Aceh MCM pada 25 Julai 2025.

Tidak hanya berbicara, bahkan turut bertindak, MCM telah menyantuni hampir 100 penarik beca dan ibu tunggal di perkarangan UUI dengan agihan 100 sembakul rezeki.

Usai di sana, MCM meneruskan langkah menziarahi beberapa keluarga asnaf yang uzur dan tidak berupaya hadir sendiri. Jika mereka tidak mampu datang pada MCM, biarlah MCM datang pada mereka.

“ Barangsiapa yang meringankan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allah akan meringankan satu kesusahan dari dirinya pada hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya, selagimana hamba itu menolong saudaranya.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Terus doakan MCM agar setiap langkah MCM menjadi asbab rahmat dan reda-Nya.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia